Senin, 23 November 2009

KEUTAMAAN AYAT KURSI

Untuk amalan kita semua, fadhFilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.Allahu Akbar.
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkansegala kefakiran didepan matanya.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudianberwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripadakejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allahsebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolonganserta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripadapencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekatpencuri daripada memasuki rumah.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketikadalam perjalanannya.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, bolehmenyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama andamenduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguanlahir dan batin.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempattidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidakmenegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapamembacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atasrumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyangFardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukurperbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanyarahmat.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allahmengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunandan mendoakan baginya.
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orangyang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.”
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscayaAllah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda :
“SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.”
(Kontribusi : Dian Imani)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar